Isnin, 22 Februari 2010

::Kelahiran Mujahidboy::

Sayup-sayup..

Suara tangisan bayi memecah kesunyian..dan suara takbir dan iqamah pula menyusul..



Rupanya mujahidboy baru bernyawa di dunia..


Jumaat, 19 Februari 2010

:: ZIKIR KEAMANAN - HAZAMIN INTEAM ::


Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20100219065417/Article/
Hazamin kumpul zikir, doa elak malapetaka

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Hazamin

BERIKUTAN banyak musibah yang menimpa penduduk bumi sejak akhir-akhir ini, tidak kiralah dalam bentuk bencana alam mahupun penyakit, anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun, terpanggil untuk sama-sama berkongsi doa dan zikir ketika berdepan dengan ujian berkenaan.

Menurut pemuda ini, doa, zikir dan selawat itu dihimpunkan dalam album diberi judul Zikir Keamanan - Zikir Dan Doa Menghadapi Malapetaka Dan Wabak Penyakit. Diterbitkan oleh Inteam Records, album itu sudah memasuki pasaran sejak 20 Januari lalu.

"Doa dan zikir ini sebenarnya sudah menjadi amalan umat Islam sejak sekian lama. Cuma saya mengumpulkannya supaya kita sama-sama dapat berkongsi mengamalkannya, lebih-lebih lagi pada ketika dunia kini kerap dilanda musibah," katanya yang mendapatkan doa itu dengan merujuk kepada ibunya, buku mahupun sahabat, selain menghimpun doa amalannya sendiri.

Jelas Hazamin, album yang memuatkan 16 trek itu ialah percubaan keduanya dalam menghasilkan album bukan nasyid, selepas muncul dengan album Zikir Dan Doa Selepas Solat, tidak lama dulu. Berikutan sambutan cukup baik diterima terhadap album pertama, dia tidak teragak-agak untuk terus muncul dengan album doa dan zikir kedua.



"Inteam sememangnya sebuah kumpulan nasyid. Namun apabila masing-masing mempunyai idea lain yang agak berbeza, kami cukup mengalu-alukan. Umpamanya, Rahim muncul dengan album bacaan Yasin, manakala Syah pula akan menghasilkan album Bijak Solat.

"Penghasilan album sebegini dilihat sebagai projek sampingan Inteam Records, di samping tumpuan utama yang tetap diberikan kepada album nasyid. Ketika ini, contohnya, kami dalam proses terakhir menyiapkan album selawat berjudul Nur Muhammad, yang menggabungkan Inteam dengan kumpulan UNIC," katanya.



Kata Hazamin, sambutan terhadap album zikir lebih panjang usianya berbanding album nasyid.

"Apabila sesebuah album zikir diterbitkan, ia tidaklah terus meletup. Namun, album begini kekal lama di pasaran dan peminat sentiasa mencarinya. Manakala album nasyid pula bagai ada tarikh luputnya," ujar Hazamin yang turut berharap dapat menarik perhatian peminat muda mendapatkan album bercorak demikian.

Akui Hazamin, penghasilan album doa dan zikir bukanlah sesuatu yang baru di kalangan penggiat irama nasyid. Cuma sebelum ini, hanya beberapa nama besar, seperti arwah Asri Ibrahim daripada kumpulan Rabbani, yang menonjol dengan projek seperti itu.

"Kami kumpulan baru pun ingin sama-sama menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat kerana nasyid itu maknanya cukup luas sekali. Ia bukan sekadar nyanyian," kata Hazamin menyaksikan sebanyak 5,000 unit terjual menerusi album zikir pertamanya.

Selepas versi audionya menemui peminat, Hazamin berkata, album edaran bersama Warner Music itu akan turut diterbitkan dalam bentuk visual (VCD).

Penulis: Kepada yang berminat untuk memiliki album zikir ini secara pembelian online, sila ke web Inteammobile . Saya sudah memiliki album ini, hadiah khas dari abang Amin=)..pos sampai ke rumah kami..musazanurfi. Hadiah bakal baby..




Khamis, 18 Februari 2010

Valentine's Day


Saya pernah menulis entri ini pada blog saya yang dahulu. Apa kata kita refreshkan kembali pautan tu : musazanurfi/blog:Valentine's Day .

Kerajaan 1 Malaysia kita sekarang pun sudah mula 'menceritakan' keburukan menyambut hari valentine ini. Banyak kes jenayah dari yang paling ringan mungkin: bercouple, berduaan..sehingga kepada kes yang berat: lahir anak HARAM sehingga masuk berita, BAYI DIBAKAR HIDUP-HIDUP DALAM TONG SAMPAH DI HARI VALENTINE DAY!

Anda semua perasan kan, tiada sangat dah iklan yang meraikan valentine. Kebetulan mungkin, tahun ini valentine's day serentak dengan perayaan Cina. Em..satu pujian buat kerajaan. Cumanya, kenapa baru tahun 2010 ini baru nak peringat yek? =)..tahun-tahun sudah bagaimana..


Rabu, 17 Februari 2010

Keluargaku..Jannahku,


Assalamualaikum WBT..moga kita semua senantiasa dalam naungan Rahmat Illahi hendaknya. Aduh, memang patut pun blog ini semakin dilupakan oleh saya sendiri..dek kemajuan teknologi IT, blog ini seakan lena. Saya sebenarnya masih aktif di alam maya. Cuma buat masa ini lebih kepada akaun peribadi FACEBOOK saya. Bagi sesiapa yang ingin menjenguk perihal terkini tentang saya dan isteri..sila layari FB dan searchkan nama saya, MUHD SAFUAN ZAINAL dan juga isteri, FILZAH SAFUAN..jika anda sudi, addlah kami ya..di atas sana adalah bingkisan gambar-gambar terbaru dari kami..ada yang rindu ke?Huhu..

Berita terbaru dari kami, kami sedang menantikan detik-detik hari tiba, kedatangan, kelahiran baru dalam keluarga yang baru kami bina ini. Akan lahirnya seorang mujahid atau mujahidah yang bakal menjadi penyeri hidup kami. Satu rahmat dan nikmat yang terbesar Allah kurniakan, kami bersyukur. Belum tahu lagi adakah yang lahir ini nanti mujahid atau mujahidah, sama-samalah doakan ya. Moga kita sentiasa ceria sokmo..