Sabtu, 6 Mac 2010

Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit

Sumber: Mazhabss

Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit (80-150 H) yang terkenal dengan sebutan “Imamul A`dzham” (Imam Agung) adalah salah satu dari ulama besar dan termasuk fukaha terpandang Ahlusunnah. Nama lengkap beliau Abu Hanifah Nu’man Ibn Tsabit bin Nu’man bin Zuthi bin Marzaban Tsabit. Beliau keturunan Iran dan berasal dari kota Kabul. Kakek Abu Hanifah berasal dari mawali (budak yang dimerdekakan). Abu Hanaifah sendiri dilahirkan pada tahun 80 Hijrah di kota Kufah.


Dalam pandangan ulama Ahlusunnah, Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit termasuk fukaha terbesar. Menurut keterangan dari Abu Hanifah sendiri, beliau pernah belajar fikih dan ushul kepada Imam Ja’far ash-Shadiq. Tetapi pendapatnya tersebut ditolak oleh kalangan Ahlusunnah. Banyak sekali riwayat yang menceritakan bahwa Abu Hanifah pernah berjumpa dengan Imam Bagir di kota Madinah dimana ayah dari Imam ash Shadiq ini mengatakan bahwa metodologi qiyas yang dianut oleh Abu Hanifah telah menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad.
Pada masa pemerintahan Mansur Abbasi, Abu Hanifah diminta agar menjadi qodhi (hakim), akan tetapi beliau menolak permintaan tersebut. Karena itu, beliau dijebloskan ke penjara dan disiksa. Akhirnya Abu Hanifah wafat di penjara pada tahun 150 H karena racun yang diberikan padanya.

Umumnya para ulama mengenal Abu Hanifah sebagai seorang fuka yang reformis. Berkaitan dengan istinbath hukum syar’i, beliau memiliki metodologi yang berbeda dengan para fukaha lainnya. Diriwayatkan bahwa Abu Hanifah berkata: “Sekiranya Rasulullah berada di tengah-tengah kita sekarang ini, pastilah beliau akan mengatakan apa yang saya katakan.” Para pengikut Abu Hanifah menamakan mazhab dan metodologinya sebagai mazhab “ahli ra’yu” (mazhab pendapat). Sebab, Abu Hanifah cenderung mengedepankan pendapat pribadinya dimana setelah mengeluarkan suatu fatwa beliau mengatakan: Ini adalah pendapat kami. Abu Hanifah berbeda pendapat dengan para ahli hadis.

Beliau lebih mendukung hadis-hadit yang mutawatir saja yang diriwayatkan oleh para tabi’in sedangkan hadis dan khabar mufrad dengan tegas ditolaknya. Seperti yang dituturkan oleh Ibnu Khaldun bahwasanya, dari sekian banyak hadis yang dinisbatkan kepada Nabi Muhammad hanya 17 hadis saja yang diterima/dipercaya oleh Abu Hanifah. Mungkin hal ini dipengaruhi oleh latarbelakang beliau sebagai ahli kalam dimana hal ini mempengaruhi metodologi fikh yang dikembangkannya. Beliau menerima qiyas dan istihsan sebagai dasar dalam ijtihad.
Secara garis besar bahwa dasar-dasar Mazhab Hanafi bersandar kepada:

1. Al-Qur’an
2. Sunnah Rasulullah saw
3. Fatwa sahabat
4. Qiyas dan ra’yu (pendapat pribadi)
5. Istihsan
6. Ijma’
7. Urf’ (adat/tradisi yang berlaku dikalangan masyarakat Islam).

Berkaitan dengan masalah iman dan kufr (kekafiran), Abu Hanifah berpendapat bahwa keduanya tidak bertambah dan tidak berkurang. Dasar iman adalah tashdiq (pembenaran), sedangkan dasar kekafiran adalah inkar (pengingkaran). Dalam kajian jab’r dan ikhtiar, beliau berkeyakinan bahwa manusia itu bebas untuk beramal. Abu Hanifah memperhatikan sumber perbuatan manusia dimana dalam hal ini beliau menyatakan: “Dalam kaitannya dengan qadha dan qadar, perbuatan manusia seperti pantulan cahaya matahari yang kembali ke matahari itu sendiri.” Di antara ciri khas fatwa yang dikeluarkan Abu Hanifah yang dicatat oleh para peneliti dan para fukaha adalah transparansi, ketegasan dan toleransi.

Dalam perkembangannya Abu Hanifah memiliki banyak sekali murid, diantara murid-muridnya; Zafar bin Hudail, Dawud ath-Thai, Abu Yusuf Qadhi’, Abu Muthi Balhi, Muhammad bin Hasan Syaibani, Asad bin Amr Bajli, Hasan bin Ziyad Lu’lui dan putranya Humad bin Abu Hanifah, Abdullah bin Mubarak, Jarud Naisaburi, Abdul Karim Jarjoni, Abu Na’im dan Waki’.


Isnin, 22 Februari 2010

::Kelahiran Mujahidboy::

Sayup-sayup..

Suara tangisan bayi memecah kesunyian..dan suara takbir dan iqamah pula menyusul..



Rupanya mujahidboy baru bernyawa di dunia..


Jumaat, 19 Februari 2010

:: ZIKIR KEAMANAN - HAZAMIN INTEAM ::


Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20100219065417/Article/
Hazamin kumpul zikir, doa elak malapetaka

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Hazamin

BERIKUTAN banyak musibah yang menimpa penduduk bumi sejak akhir-akhir ini, tidak kiralah dalam bentuk bencana alam mahupun penyakit, anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun, terpanggil untuk sama-sama berkongsi doa dan zikir ketika berdepan dengan ujian berkenaan.

Menurut pemuda ini, doa, zikir dan selawat itu dihimpunkan dalam album diberi judul Zikir Keamanan - Zikir Dan Doa Menghadapi Malapetaka Dan Wabak Penyakit. Diterbitkan oleh Inteam Records, album itu sudah memasuki pasaran sejak 20 Januari lalu.

"Doa dan zikir ini sebenarnya sudah menjadi amalan umat Islam sejak sekian lama. Cuma saya mengumpulkannya supaya kita sama-sama dapat berkongsi mengamalkannya, lebih-lebih lagi pada ketika dunia kini kerap dilanda musibah," katanya yang mendapatkan doa itu dengan merujuk kepada ibunya, buku mahupun sahabat, selain menghimpun doa amalannya sendiri.

Jelas Hazamin, album yang memuatkan 16 trek itu ialah percubaan keduanya dalam menghasilkan album bukan nasyid, selepas muncul dengan album Zikir Dan Doa Selepas Solat, tidak lama dulu. Berikutan sambutan cukup baik diterima terhadap album pertama, dia tidak teragak-agak untuk terus muncul dengan album doa dan zikir kedua.



"Inteam sememangnya sebuah kumpulan nasyid. Namun apabila masing-masing mempunyai idea lain yang agak berbeza, kami cukup mengalu-alukan. Umpamanya, Rahim muncul dengan album bacaan Yasin, manakala Syah pula akan menghasilkan album Bijak Solat.

"Penghasilan album sebegini dilihat sebagai projek sampingan Inteam Records, di samping tumpuan utama yang tetap diberikan kepada album nasyid. Ketika ini, contohnya, kami dalam proses terakhir menyiapkan album selawat berjudul Nur Muhammad, yang menggabungkan Inteam dengan kumpulan UNIC," katanya.



Kata Hazamin, sambutan terhadap album zikir lebih panjang usianya berbanding album nasyid.

"Apabila sesebuah album zikir diterbitkan, ia tidaklah terus meletup. Namun, album begini kekal lama di pasaran dan peminat sentiasa mencarinya. Manakala album nasyid pula bagai ada tarikh luputnya," ujar Hazamin yang turut berharap dapat menarik perhatian peminat muda mendapatkan album bercorak demikian.

Akui Hazamin, penghasilan album doa dan zikir bukanlah sesuatu yang baru di kalangan penggiat irama nasyid. Cuma sebelum ini, hanya beberapa nama besar, seperti arwah Asri Ibrahim daripada kumpulan Rabbani, yang menonjol dengan projek seperti itu.

"Kami kumpulan baru pun ingin sama-sama menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat kerana nasyid itu maknanya cukup luas sekali. Ia bukan sekadar nyanyian," kata Hazamin menyaksikan sebanyak 5,000 unit terjual menerusi album zikir pertamanya.

Selepas versi audionya menemui peminat, Hazamin berkata, album edaran bersama Warner Music itu akan turut diterbitkan dalam bentuk visual (VCD).

Penulis: Kepada yang berminat untuk memiliki album zikir ini secara pembelian online, sila ke web Inteammobile . Saya sudah memiliki album ini, hadiah khas dari abang Amin=)..pos sampai ke rumah kami..musazanurfi. Hadiah bakal baby..




Khamis, 18 Februari 2010

Valentine's Day


Saya pernah menulis entri ini pada blog saya yang dahulu. Apa kata kita refreshkan kembali pautan tu : musazanurfi/blog:Valentine's Day .

Kerajaan 1 Malaysia kita sekarang pun sudah mula 'menceritakan' keburukan menyambut hari valentine ini. Banyak kes jenayah dari yang paling ringan mungkin: bercouple, berduaan..sehingga kepada kes yang berat: lahir anak HARAM sehingga masuk berita, BAYI DIBAKAR HIDUP-HIDUP DALAM TONG SAMPAH DI HARI VALENTINE DAY!

Anda semua perasan kan, tiada sangat dah iklan yang meraikan valentine. Kebetulan mungkin, tahun ini valentine's day serentak dengan perayaan Cina. Em..satu pujian buat kerajaan. Cumanya, kenapa baru tahun 2010 ini baru nak peringat yek? =)..tahun-tahun sudah bagaimana..


Rabu, 17 Februari 2010

Keluargaku..Jannahku,


Assalamualaikum WBT..moga kita semua senantiasa dalam naungan Rahmat Illahi hendaknya. Aduh, memang patut pun blog ini semakin dilupakan oleh saya sendiri..dek kemajuan teknologi IT, blog ini seakan lena. Saya sebenarnya masih aktif di alam maya. Cuma buat masa ini lebih kepada akaun peribadi FACEBOOK saya. Bagi sesiapa yang ingin menjenguk perihal terkini tentang saya dan isteri..sila layari FB dan searchkan nama saya, MUHD SAFUAN ZAINAL dan juga isteri, FILZAH SAFUAN..jika anda sudi, addlah kami ya..di atas sana adalah bingkisan gambar-gambar terbaru dari kami..ada yang rindu ke?Huhu..

Berita terbaru dari kami, kami sedang menantikan detik-detik hari tiba, kedatangan, kelahiran baru dalam keluarga yang baru kami bina ini. Akan lahirnya seorang mujahid atau mujahidah yang bakal menjadi penyeri hidup kami. Satu rahmat dan nikmat yang terbesar Allah kurniakan, kami bersyukur. Belum tahu lagi adakah yang lahir ini nanti mujahid atau mujahidah, sama-samalah doakan ya. Moga kita sentiasa ceria sokmo..